Monday, November 28, 2011

Alat muzik kerincing



Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Cara memegang dan memain kerincing


1. Pegang pada tali kerincing pada sebelah tangan dan pengetuk di sebelah tangan lain.    
    (Pastikan tangan yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.)
2. Kerincing boleh dimainkan dengan mengetuk pada besi berbentuk segitiga dengan 
     pengetuk besi. 
3.  Ketukan boleh dibuat di dalam atau di sebelah luarnya. 

Sunday, November 20, 2011

setia

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

alat muzik tik tok

 
Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. 
Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi di bahagian kirinya.


CARA MEMEGAN DAN MEMAIN TIK TOK



  1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
  2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.




Monday, November 14, 2011

satu Malaysia song

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia