Friday, December 9, 2011

XUN

Xun merupakan salah satu alat muzik instrumen yang paling kuno di China dan sudah bersejarah kira-kira 7 ribu tahun.

Dalam riwayat, alat muzik tersebut berasal dari sejenis alat pemburuan yang bernama “Shiliuxing” pada zaman silam. Semasa rakyat memburu burung atau binatang liar, mereka menggunakan sebuah bola batu atau lumpur yang diikat sehelai tali. Bola itu ada yang kosong, maka semasa bola itu dilempar, ia akan berbunyi. Kemudian rakyat meniup bola itu, lama kelamaan, bola batu itu menjadi sejenis alat muzik.

Pada permulaan, Xun dibuat daripada batu atau tulang dan kemudian dibuat daripada tembikar, bentuknya juga bermacam-macam, ada yang bulat, ada yang serupa ikan dan buah pir.

Alat muzik Xun itu mempunyai mulut tiup dan di bahagian sebelahnya ada lubang. Pada masa awal, Xun itu hanya satu lubang sahaja, sekarang sudah berkembang mempunyai banyak lubang dan sehingga penghujung abad ke-3 sebelum Masihi baru dihasilkan Xun yang dapat berbunyi 6 suara.

Profesor Cao Zheng dari Konservatori China membuat Xun tembikar mulai tahun 1930-an. Kemudian Profesor Chen Zhong dari Konservatori Tianjin telah mereka bentuk Xun baru yang mempunyai 9 lubang dengan menggunakan tembikar bandar Yixing provinsi Kiangsu. Xun yang mempunyai 9 lubang tersebut selain mengekalkan bentuk luar dan bunyi asalnya, juga telah menambah bunyinya. Selain itu penggunaan Xun itu lebih mudah, boleh digunakan dalam permainan solo, paduan dan lain-lain.
Baru-baru ini, Encik Zhao Lianagshan, seorang pelajar lain Profesor Chen Zhong dari Kumpulan Nyanyian dan Tarian Provinsi Hubei menggunakan kayu merah telah menghasilkan Xun yang mempunyai 10 lubang, sehingga alat muzik tersebut menjadi lebih sempurna.

Dalam sejarah muzik China, Xun terutamanya digunakan untuk permainan muzik di istana. Dalam permainan muzik di istana itu, Xun terbahagi kepada 2 jenis, satu, bentuknya agak kecil serupa telur, tapi bunyinya agak tinggi; yang lain bentuknya agak besar, suaranya agak tebal lagi rendah, sering ditiup bersama-sama dengan Chi, sejenis alat muzik instrumen lain. Dalam kumpulan puisi paling awal di China iaitu “ Shijing” mencacat “ Boshi meniup Xun dan Zhongshi meniup Chi,” bererti  kedua-dua mereka itu sangat mesra.


Cara memain XUN

  

Seruling Cina (DiZi)




merupakan sejenis alat muzik bunyi- bunyian yang paling popular di China, disebabkan alat muzik itu dibuat daripada buluh, maka juga dikenal sebagai “zhudi.
                                                                                    
                                                                                     
                         
 
Seruling Cina 
jenis seruling












Seruling dibuat dengan sebatang buluh dan badannya dibuka 8 lubang. Lubang pertama untuk ditiup, aliran tiupan masuk ke dalam badan buluh dan mengeluarkan bunyi.

Walaupun seruling itu kecil lagi sederhana, tetapi, alat muzik instrumen itu sudah bersejarah 7 ribu tahun. Kira-kira pada 4,500 tahun yang lalu, bahan buatan seruling diubah dari tulang kepada buluh. Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abat pertama sebelum Masihi, seruling itu dikenal sebagai “Hengchui”, alat muzik tersebut menempati kedudukan penting dalam alat-alat muzik tiupan. Mulai abad ke-7, seruling itu telah diubahsuai, teknik permainannya berkembang maju dan boleh meniup muzik yang bertahap sangat tinggi. Hingga abad ke-10, seruling menjadi alat muzik instrumen utama dalam orkestra opera kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.

Seruling kaya dengan banyak daya permainan, ia selain boleh memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang, tetapi juga muzik tarian yang riang gembira dan iramanya yang merdu juga ditiup. Selain itu, bunyi-bunyian seruling juga dapat meniru suara burung.

Langgam permainan seruling oleh pemain di China Selatan lebih terang dan indah, seruling yang dimainkan oleh mereka terutamanya ialah Qudi, badan seruling itu agak panjang dan kasar, suaranya tebal dan lembut, terutama dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze China.

Langgam permainan seruling oleh pemain di China utara agak tegap, mereka terutamanya menggunakan Bangdi. Badan seruling itu agak pendik lagi halus, bunyi tiupannya lantang dan jelas. Seruling tersebut terutamanya dipopularkan di kawasan utara China.

Cara main dan cara memegan seruling

cara meletak jari di bahagain lubang seruling






Gaya Dan Lagu Dengan Alat Seruling Cina


Wednesday, December 7, 2011

PIPA


Lagu dan gaya permain Pipa







                           
Pipa


  Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.





Saturday, December 3, 2011

lompat si katak lompat

Lompat si katak Lompat!
Lompatlah tinggi-tinggi, tinggi!
Cepatlah adik cepat,
Cepatlah bangun pagi-pagi..

Kalau adik malas bangun,
Pagi-pagi hari,
La la la la la,
La la la la la,
Nanti adik rugi..

Kalau adik malas lagi,
Malas bangun pagi,
La la la la la,
La la la la la,
Nanti adik rugi.

Thursday, December 1, 2011

permianan muzik

http://www.happynote.com/

alat muzik tamborin

 
Tamborin  adalah alat muzik perkusi yang dimainkan dengan cara ditabuh dan digoyang. Tamborin menghasilkan suara gemerincing yang boleh digabungkan dengan suara tabuhan dari bahagian membrannya.

Tamborin diperbuat daripada bingkai kayu bulat yang dilengkapi dengan membran pelapisdari kulit lembu atau plastik Tamborin mempunyai beberapa simbal atau kerincingan logam kecil di sekeliling bingkainya yang akan mengeluarkan bunyi bergemerincing apabila digoyangkan. T



Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin

  1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
  2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan atau kiri.


alat muzik kastanet

   
Kastanet daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.Ia terdiri daripada sepasang cengkerang cekung menyertai pada satu kelebihan oleh rentetan. Ia menghasilkan klik untuk aksen berirama atau bunyi yang sangat bagus atau suara ketuk-ketuk yang terdiri daripada satu siri pesat klik

Cara memegang dan memainkan kastanet


i) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet
  
    terletak di atas tangan kiri.

ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan
.