Friday, December 9, 2011

XUN

Xun merupakan salah satu alat muzik instrumen yang paling kuno di China dan sudah bersejarah kira-kira 7 ribu tahun.

Dalam riwayat, alat muzik tersebut berasal dari sejenis alat pemburuan yang bernama “Shiliuxing” pada zaman silam. Semasa rakyat memburu burung atau binatang liar, mereka menggunakan sebuah bola batu atau lumpur yang diikat sehelai tali. Bola itu ada yang kosong, maka semasa bola itu dilempar, ia akan berbunyi. Kemudian rakyat meniup bola itu, lama kelamaan, bola batu itu menjadi sejenis alat muzik.

Pada permulaan, Xun dibuat daripada batu atau tulang dan kemudian dibuat daripada tembikar, bentuknya juga bermacam-macam, ada yang bulat, ada yang serupa ikan dan buah pir.

Alat muzik Xun itu mempunyai mulut tiup dan di bahagian sebelahnya ada lubang. Pada masa awal, Xun itu hanya satu lubang sahaja, sekarang sudah berkembang mempunyai banyak lubang dan sehingga penghujung abad ke-3 sebelum Masihi baru dihasilkan Xun yang dapat berbunyi 6 suara.

Profesor Cao Zheng dari Konservatori China membuat Xun tembikar mulai tahun 1930-an. Kemudian Profesor Chen Zhong dari Konservatori Tianjin telah mereka bentuk Xun baru yang mempunyai 9 lubang dengan menggunakan tembikar bandar Yixing provinsi Kiangsu. Xun yang mempunyai 9 lubang tersebut selain mengekalkan bentuk luar dan bunyi asalnya, juga telah menambah bunyinya. Selain itu penggunaan Xun itu lebih mudah, boleh digunakan dalam permainan solo, paduan dan lain-lain.
Baru-baru ini, Encik Zhao Lianagshan, seorang pelajar lain Profesor Chen Zhong dari Kumpulan Nyanyian dan Tarian Provinsi Hubei menggunakan kayu merah telah menghasilkan Xun yang mempunyai 10 lubang, sehingga alat muzik tersebut menjadi lebih sempurna.

Dalam sejarah muzik China, Xun terutamanya digunakan untuk permainan muzik di istana. Dalam permainan muzik di istana itu, Xun terbahagi kepada 2 jenis, satu, bentuknya agak kecil serupa telur, tapi bunyinya agak tinggi; yang lain bentuknya agak besar, suaranya agak tebal lagi rendah, sering ditiup bersama-sama dengan Chi, sejenis alat muzik instrumen lain. Dalam kumpulan puisi paling awal di China iaitu “ Shijing” mencacat “ Boshi meniup Xun dan Zhongshi meniup Chi,” bererti  kedua-dua mereka itu sangat mesra.


Cara memain XUN

  

No comments:

Post a Comment